fbpx

Cium dahi ‘live’, Ariff Bahran dah nikah tiga bulan lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ariff Bahran sudah berkahwin tiga bulan lalu.

PETALING JAYA – Penyanyi muda Ariff Bahran membuat kejutan apabila bertindak mencium dahi seorang wanita pada siaran langsung acara Anugerah Drama Sangat (ADS) sebentar tadi.

Selepas menamatkan persembahan dengan Sarah Suhairi menyanyikan lagu berjudul Bicara Rasa, Ariff atau nama lengkapnya, Muhammad Ariff Bahran Ahmad Azhari  mengucup dahi wanita yang sebenarnya merupakan isterinya.

Perkara tersebut didedahkan pengacara acara terbabit, Nabila Huda yang tampil menjelaskan keadaan dan status terkini Ariff, 23.

“Wanita yang Ariff cium dahi tadi merupakan isteri yang sudah dikahwininya tiga bulan lalu,” jelas Nabila.

Bagaimanapun, perkara tersebut belum didedahkan sendiri oleh Ariff dan identiti sebenar isterinya masih belum diketahui secara terperinci oleh umum.

Sebelum ini, Ariff yang cukup dikenali menerusi lagu Kata Akhirmu mengakui sedang mengenali gadis dikenali sebagai Myra Ridzuan yang bekerja dalam produksi penerbitan beberapa tahun lalu.

Menurutnya, dia dan wanita berkenaan memang merupakan pasangan kekasih dan pihak keluarga masing-masing sudah sedia maklum tentang hubungan istimewa mereka.

“Dia memang kekasih saya dan perkongsian foto dibuat dalam Instagram adalah penjelasan hubungan kami serius,” katanya dalam satu temu bual bersama media sebelum ini.

ADS dianjurkan buat julung kalinya dan bersiaran langsung dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan disiarkan menerusi stesen televisyen TV3. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI