fbpx

Bot karam, seorang nelayan Warga Myammar hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah bot nelayan yang karam di perairan Tenggara Kuala Kuantan, dekat sini semalam.

KUANTAN – Sebuah bot nelayan yang dinaiki lima nelayan warga Myanmar karam di sekitar 8.3 batu nautika perairan Tenggara Kuala Kuantan di sini awal pagi semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Pahang, Datuk Amran Daud berkata, bot nelayan kelas C berkenaan dipercayai karam selepas dipukul ombak laut bergelora beserta angin kencang.

“Bagaimanapun empat daripada mangsa berusia lingkungan 25 hingga 37 tahun berjaya diselamatkan oleh bot nelayan yang berada sekitar lokasi kejadian, manakala seorang lagi masih hilang.

“Operasi mencari yang ditangguhkan pada pukul 7 malam semalam disambung semula pukul 7 pagi hari ini yang turut melibatkan pesawat udara Maritim dengan keluasan sektor pencarian 178 batu nautika persegi,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya bot ronda maritim yang sedang beroperasi di sekitar lokasi berdekatan diatur gerak ke titik koordinat aduan bagi melaksanakan operasi mencari dan menyelamat.

Katanya, maklumat turut disalurkan kepada komuniti nelayan tempatan dan beberapa rakan pemilik bot juga telah membuat pencarian.

“Maritim Malaysia mengingatkan kepada komuniti maritim khususnya bot-bot nelayan tempatan terutama bot-bot kecil supaya berwaspada dengan amaran angin kencang dan laut bergelora yang sedang melanda kawasan pantai timur,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI