SHAH ALAM – Limpahan banjir Sungai Klang menyebabkan kesesakan teruk di Lebuh Raya Persekutuan sepanjang lebih 15 kilometer (km).
Insiden limpahan itu dikatakan berlaku pada 2 petang tadi di susur Batu Tiga di sini sehingga menyebabkan jalan terpaksa ditutup demi keselamatan pengguna jalan raya.
Tinjauan Kosmo! mendapati beberapa buah kenderaan termasuk lori cuba mengharungi air banjir.
Seorang pengguna, Nurul Nazri Norrizan, 33, mengakui terkejut dengan situasi itu semasa dia dalam perjalanan menuju ke Petaling Jaya.
“Saya bertolak dari rumah adik di Pendamar, Klang yang merupakan antara lokaliti banjir.
“Sudah dua jam saya berada di tepi jalan lebuh raya (Lebuh Raya Persekutuan),” katanya kepada Kosmo! hari ini. – K!ONLINE