fbpx

Banjir: 248 mangsa banjir di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian penduduk meredah banjir dengan perahu di Kampung Shukur, Dungun hari ini.

DUNGUN – Mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 248 orang daripada 85 keluarga di daerah ini.

Begitupun Dungun merupakan satu-satunya daerah masing terjejas dengan banjir buat masa ini manakala Kemaman telah pulih sepenuhnya.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Terengganu berkata, seramai 177 mangsa daripada 64 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja di sini.

“Seramai 71 daripada 21 keluarga pula ditempatkan di Dewan Serbaguna Kampung Shukur di sini,” katanya di sini semalam.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Terengganu berkata, PPS Dewan Sivik Air Putih, Kemaman pula telah ditutup.

Beliau berkata, kesemua 37 mangsa daripada tujuh keluarga yang ditempatkan di PPS itu telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

“Begitupun hujan masih turun di sebahagian tempat di Terengganu dengan amaran cuaca kuning masih berkuatkuasa sehingga esok (hari ini).

“Apa pun syukur lembangan sungai utama di seluruh negeri ini menunjukkan trend mendatar,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI