fbpx

Banjir: 11 penduduk di Changkat Jong terjejas banjir dipindahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membantu memindahkan penduduk yang terjejas akibat banjir kilat di Changkat Jong, Teluk Intan malam tadi.

TELUK INTAN – Seramai 11 penduduk daripada empat keluarga dipindahkan setelah kediaman mereka di Batu 8, Jalan Changkat Jong di sini dinaiki air akibat banjir kilat.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak memberitahu, kesemua penduduk dipindahkan sementara ke Dewan Changkat Jong.

Menurut jurucakap itu, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian banjir kilat itu pada pukul 7.18 malam tadi.

“Kita telah menghantar sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan ke lokasi kejadian bagi melakukan pemantauan.

“Air naik setinggi 0.3 meter menyebabkan komander operasi mengarahkan penduduk yang terkesan dipindahkan buat sementara ke dewan berkenaan,” ujarnya dalam satu kenyataan malam ini.

Sementara itu, kata jurucakap tersebut, ketika ini hujan masih berlaku di beberapa kawasan sekitar Teluk Intan dan pemantauan berterusan sedang dijalankan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI