fbpx

Anak Malaysia terlibat bikin animasi Spider-Man

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua anak Malaysia terlibat menghasilkan animasi filem Marvel, Spider-Man: No Way Home.

PETALING JAYA – Nama seorang anak Malaysia, Dayang Norrafida Abang Suhail menjadi menjadi perbualan dalam media sosial apabila didedahkan sebagai tenaga kerja filem Marvel, Spider-Man: No Way Home.

Seorang pengguna Twitter, @sirennextdoor berkongsi perkara membanggakan tersebut selepas menonton filem terbaharu Marvel Cinematic Universe (MCU) itu.

“Saya nampak namanya pada bahagian kredit Spiderman: No Way Home dan, dia orang Malaysia dan (selepas buat carian), tertera latar belakang pendidikan dari Multimedia University (MMU) dalam bio (LinkedIn).

“Bakat orang tempatan boleh pergi antarabangsa, penuhkan diri anda dengan skil yang menjadi permintaan tinggi,” ciap penguna Twitter itu.

Menerusi perkongsian wanita itu lagi, pengguna Twitter berkenaan memaklumkan, Dayang Norrafida  berkerja sebagai  koordinator produksi di Luma Pictures yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan Australia.

Lebih membanggakan, Dayang Norrafida pernah turut terlibat untuk filem-filem MCU hebat yang lain seperti Shang Chi and The Legends of Ten Rings, Loki dan The Eternals.

Disebabkan pendedahan tersebut, seorang lagi nama anak Malaysia, Liyana Omar turut dibongkar sebagai antara tenaga kerja teknikal filem paling laris di dunia tersebut.

“Saya nampak nama Liyana Omar juga tetapi tak pasti sama ada di orang Malaysia atau tidak,” ujar seorang netizen.

“Kalau tidak silap ada dua nama macam orang Malaysia (pada bahagian kredit),” coret seorang netizen lain.

Berdasarkan carian di LinkedIn, Liyana Omar juga bekerja dengan Luma Pictures sebagai koordinator digital sekali gus menguatkan pendapat orang ramai bahawa sememangnya bakat anak tempatan mampu mendunia andai diberikan kepercayaan dan ruang selayaknya.

Spiderman: No Way Home, lakonan Tom Holland dan Zendaya mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia sejak 16 Disember (Khamis) lalu dan kini merupakan filem terlaris bukan hanya di negara ini bahkan secara global. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI