KLANG – Banjir kilat yang melanda Selangor menyebabkan ‘perubahan’ pada sistem navigasi Google Map, hari ini.
Berdasarkan sistem tersebut, terdapat sistem amaran perjalanan jalan-jalan utama akan terjejas akibat banjir.
Ini seterusnya akan menyebabkan kelewatan ke tempat dituju susulan beberapa kawasan di negeri ini kini dilanda banjir akibat hujan berterusan.
Malah, hasil carian wartawan Kosmo! dari Kampung Sungai Undang di sini ke Shah Alam dan Pelabuhan Klang turut memaparkan amaran tersebut.
Sementara itu, tinjauan di Lebuh Raya Persekutuan dari Shah Alam menghala ke Kuala Lumpur mendapati kesesakan sehingga lima kilometer.
Keadaan dilihat bergerak amat perlahan, dengan semua kenderaan hanya mampu bergerak kira-kira 100 meter dalam tempoh 30 minit. -K!ONLINE