fbpx

10 maut: PM zahirkan ucapan takziah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 10 individu disahkan meninggal dunia dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan malam tadi.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga 10 mangsa yang terkorban dalam kemalangan empat buah kenderaan di kawasan Rehat dan Rawat USJ, Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Shah Alam malam tadi.

Ismail Sabri menerusi satu kemas kini status di laman Facebook turut mendoakan agar roh kesemua Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh.

“Saya menerima perkhabaran sedih dan pilu mengenai kemalangan maut yang telah mengorbankan 10 mangsa termasuk kanak-kanak.

Paparan status di laman Facebook Ismail Sabri, sebentar tadi.

“Lima kanak-kanak lelaki, tiga kanak-kanak perempuan dan seorang lelaki serta wanita dewasa antara mangsa yang dikenalpasti terkorban dalam kemalangan yang menyayat hati ini,” katanya.

Tambah beliau, Keluarga Malaysia diseru untuk bersama-masa sedekahkan bacaan surah Al Fatihah buat mangsa yang terkorban.

“Saya juga menyeru kepada pengguna jalan raya agar memandu dengan berhati-hati ketika menghadapi cuaca yang tidak menentu di negara kita.

“Pandu dengan selamat, ingatlah orang yang tersayang dan ahli keluarga kita yang menunggu kepulangan kita,” ujar beliau.

Terdahulu, Kosmo! Online hari ini melaporkan tentang kejadian kemalangan maut yang mengorbankan 10 mangsa di Kilometer 8.3 Lebuh Raya Elite di Subang Jaya melibatkan sebuah treler dan tiga kenderaan yang berhenti di lorong kecemasan.

Pemandu treler berkenaan yang berusia 37 tahun kini ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI