PETALING JAYA – Identiti 10 mangsa yang maut dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) USJ, Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Shah Alam malam tadi telah dikenal pasti.
Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, mangsa terdiri daripada seorang wanita berusia 37 tahun bersama lapan anaknya yang menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira. Suami wanita itu yang juga pemandu kereta terselamat.
Lapan anak pasangan itu berusia 10 bulan hingga 17 tahun.
Seorang lagi mangsa yang meninggal dunia adalah pemandu sebuah lagi Proton Wira berusia 27 tahun.
Berikut adalah mangsa yang terkorban:-
1. Norul Naziah Buyong, 37,
2. Muhamad Razarul Amin, 17,
3. Razatul Aliah, 16,
4. Puteri Hidayah,12,
5. Muhamad Aizat Syazwan,10,
6. Muhamad Rolkaizat Rezky,9,
7. Muhamad Hidayat Hakimie, 7,
8. Puteri Nor Ain Syalwana, 3,
9. Muhammad Raid Fahti, 10 bulan.
10. Mohamad Rahimin Rolex, 27, (mekanik)
Tujuh mangsa yang cedera pula adalah :-
1. Abdul Razak Majit, 50
2. Ihyat Sufi Shokip, 20,
3. Mimiee Nafiesa Abdullah, 19
4. Umie Nasuha Annuwar, 20,
5. Mohd Khairul Kamal, 45, (pemandu lori)
6. Haiqal Haziq Mohd Khairul, 19, (anak pemandu lori)
7. Hafiey Hamziey, 14, (anak pemandu lori)