fbpx

[VIDEO] YouTuber didakwa hantar komunikasi jelik di Facebook

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Roshafeez Abdul Malik (kiri) hadir ke Mahkamah Seksyen Ipoh hari ini atas pertuduhan membuat hantaran komunikasi jelik menerusi akauan Facebook miliknya, Mei lalu. FOTO : ZULFACHRI ZULKIFLI.

IPOH – Seorang YouTuber dikenali ‘Apit Wan Lebo’ didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat hantaran komunikasi jelik menerusi akaun Facebook miliknya, Mei lalu.

Roshafeez Abdul Hamid, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Norita Mohd. Ardani.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada lima anak itu didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu melalui Facebook dengan menggunakan laman profil ‘Apit Wan Lebo’ di pautan https://www.facebook.com/204937103653555/posts/933730184107573 pada pukul 1.30 petang, 9 Mei 2021.

Pautan itu kemudiannya dibaca pada pukul 10.30 pagi di pejabat siasatan jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah pada 10 Mei 2021.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda RM50,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI