fbpx

Syafiq hampir pasti sarung jersi Hijau Kuning musim depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYAFIQ AHMAD dilaporkan berminat untuk menyarung jersi skuad KDA FC pada musim depan secara pinjaman daripada JDT.

PENYERANG kebangsaan, Syafiq Ahmad hampir pasti untuk kembali menyarung jersi Hijau Ku­ning pada musim depan, secara pinjaman daripada jaguh selatan, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Ketua Pegawai Eksekutif Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Khamal Idris Ali berkata, setakat ini pihaknya sudah mengadakan perbincangan bersama pengurusan JDT berhubung perkara tersebut.

“Kami sudah mengadakan perbincangan bersama JDT, malah saya sendiri telah bercakap dengan Syafiq dan dia sendiri menyatakan keinginan untuk beraksi bersama KDA FC.

“Setakat ini segalanya nampak positif dan jika segalanya lancar, insya-Allah Syafiq akan beraksi bersama KDA FC musim depan,” katanya kepada pemberita selepas selesai Kongres Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) ke-46 di Wisma Darul Aman, Alor Setar semalam.

Pada Selasa lalu, Pengarah Sukan JDT, Martin Prest mengesahkan pasukan itu sedang berbincang dengan beberapa kelab untuk meminjamkan Syafiq dan kepulangannya ke bumi Darul Aman kian hangat diperkatakan apabila pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuat ciapan bahawa pemain itu sudah pasti ingin bermain untuk pasukan beraksi di peringkat Asia seperti Kedah atau Kuala Lumpur.

Mengulas lanjut katanya, kehadiran Syafiq ke dalam pasukan bagaimanapun tidak bermakna pemain itu akan terus diserap ke dalam skuad utama hanya kerana statusnya.

“Itu perkara biasa dan dia tetap perlu bersaing juga untuk mendapatkan tempat. Bukan terus masuk kesebelasan utama kerana persaingan untuk menjadi pemain utama memang se­ngit,” katanya.

Mengenai persiapan pasukan musim depan, Khamal membe­ritahu, kebanyakan pemain baharu yang dibawa masuk merupakan pemain-pemain utama daripada pasukan lain yang telah memberi sumbangan besar kepada pasukan masing-masing musim lalu.

“Kita mungkin hilang dua atau tiga pemain sedia ada, tetapi saya boleh katakan yang kita te­lah memperoleh empat atau lima pemain berkualiti bagi mengisi lompong dalam pasukan sebelum ini.

“Purata usia pemain kita berada pada tahap matang dan tidak banyak yang cecah 30 tahun ke atas, jadi dari segi prestasi dan kecergasan, rasanya kita mampu beri cabaran terbaik pada Liga Super 2022,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI