fbpx

Siti Nurhaliza belanja ‘frontliner’ beli pisang goreng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI Siti yang dirakam seorang pengguna TikTok ketika menghulurkan duit belanja kepada petugas barisan hadapan di sebuah hospital swasta.

PETALING JAYA – Jika sebelum ini kecoh mengenai harga jam tangan bernilai ratusan ribu ringgit, kini penyanyi popular dan usahawan, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila sebuah video memaparkan dia memberi wang tunai sebagai ‘duit belanja’ kepada petugas barisan hadapan tular dalam media sosial.

Menurut pemilik akaun TikTok iaitu @cikjan_88, Siti, 42, disifatkan sebagai seorang artis yang sangat pemurah kerana sering memberi wang belanja untuk staf yang bertugas setiap kali hadir melakukan ujian calitan Covid-19.

“Betapa merendah dirinya seorang Siti Nurhaliza. Setiap kali datang mesti belanja kakitangan yang bertugas,” tulis pengguna TikTok tersebut.

Difahamkan, situasi tersebut berlaku selepas Siti selesai menjalani ujian calitan Covid-19 di sebuah hospital swasta di ibu negara baru-baru ini.

Sementara itu, dalam video tersebut, individu berkenaan turut memberitahu pelantun Bukan Cinta Biasa itu memberi wang tunai kepada seorang kakitangan untuk dibelanja bagi membeli makanan.

“Mak Iti belanja, belilah apa-apa, pisang goreng,” kata Siti sambil menghulurkan duit sebelum diterima petugas tersebut.

Video tersebut seterusnya mendapat sambutan ramai dalam TikTok dan rata-rata netizen memuji sikap Siti yang merendah diri dan tidak menunjuk kemewahan dimilikinya selama ini.

“Bagusnya dia gelar diri sebagai Mak Iti walaupun ada gelaran,” puji seorang netizen.

“Cara Siti keluarkan duit pun nampak dia bukan seorang yang suka menunjuk. Patutlah rezeki dia tak pernah putus,” komen seorang lagi pengguna TikTok.

Terdahulu, anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu pernah mencuri perhatian netizen selepas didakwa memiliki seutas jam tangan jenama mewah, Richarcd Mille yang dianggarkan bernilai RM1.1 juta. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI