fbpx

Seo Ye-ji tak menghilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEO YE-JI

SELEPAS terpalit kontroversi akibat pendedahan mengenai hubungannya dengan bekas kekasih iaitu Kim Jung-hyun, Seo Ye-ji dilihat lebih selesa mengunci mulut dan mendiamkan diri.

Bagaimanapun, ramai yang menantikan wanita itu kembali ke dunia lakonan.

Terbaharu, Ye-ji dilihat gembira dan tersenyum riang semasa menyapa kru penggambaran drama Eve’s Scandal.

Malah, ini merupakan kali pertama Ye-ji dilihat berada di khalayak umum selepas insiden yang berlaku sekitar pertengahan tahun ini.

Walaupun rakaman tersebut sedikit kabur, namun pelakon itu dilihat berada dalam keadaan baik.

Bahkan ramai yang mempersoalkan dakwaan mengatakan bahawa Ye-ji merupakan seorang pelakon yang sombong selepas melihat dia menegur dan menundukkan kepala sebagai tanda hormat kepada staf di set penggambaran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI