fbpx

Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) bermula esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KPDNHEP hari ini mengumumkan pelaksanaan Program Jualan Keluarga Malaysia selama dua hari bermula esok.

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hari ini mengumumkan pelaksanaan Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) selama dua hari bermula esok.

KPDNHEP dalam kenyataan hari ini berkata, program inisiatif kerajaan bagi menangani kos sara hidup menerusi jualan barangan keperluan harian serta dapur dengan harga yang berpatutan itu dijalankan di 11 pasar raya sekitar ibu kota.

“Pengguna boleh mendapatkan barangan keperluan asas dan harian seperti gula, tepung, beras, minyak masak, makanan proses, sayuran, telur ayam dan lain-lain dengan harga lebih rendah berbanding harga pasaran setempat.

“Pasar raya yang menyertai program ini memberikan komitmen dengan pelbagai promosi harga dan tawaran jualan murah bagi barang keperluan asas,” kata kenyataan itu hari ini.

Jelasnya, antara pasar raya terlibat bagi PJKM termasuk AEON Mall Metro Prima Kepong, Ong Tai Kim Supermarket Sentul, AEON Big Danau Kota, Lotus Kepong dan ST. Rosyam Mart Sdn. Bhd. Setiawangsa.

Menurut kenyataan itu lagi, program tersebut diharap dapat membantu meringankan beban perbelanjaan isi rumah rakyat, selain menjadi pemangkin kepada pengguna untuk merancang pembelian dengan membuat pilihan bijak.

“PJKM akan diteruskan secara berkala selaras dengan hasrat kerajaan bagi memastikan pengguna mendapat barangan keperluan asas pada harga yang terbaik,” katanya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI