fbpx

PRN Sarawak: Jangan gadai masa depan, ambil iktibar kegagalan PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tan Sri Abang Johari.

KUCHING- Seramai lebih 1.2 juta pengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak esok diingatkan untuk membuat pilihan terbaik bagi memastikan pelbagai agenda pembangunan serta kestabilan politik dapat diteruskan.

Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Abang Openg berkata, masa depan Bumi Kenyalang bergantung kepada kerajaan yang kuat, stabil serta komited mempertahankan hak rakyat serta kepentingan Sarawak.

“Janganlah kita menggadaikan masa depan, kita harus mengambil iktibar daripada kegagalan Pakatan Harapan (PH) yang mampu bertahan 22 bulan sahaja kerana lemah dan tidak stabil.

“Janganlah buat kesilapan, kita mesti memperjuangkan perpaduan, keharmonian, autonomi dan kemakmuran Sarawak. GPS komited meneruskan perjuangan itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Abang Johari turut memberi jaminan bahawa GPS akan meneruskan usaha memastikan keselamatan awam, kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi pada masa depan.

“GPS akan meneruskan agenda pembangunan sosio-ekonomi bagi mewujudkan sumber kekayaan baharu selain menjana peluang perniagaan dan pekerjaan untuk generasi masa depan.

“Kami juga akan melindungi hak rakyat seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan ia terbukti apabila Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2021 berkaitannya diluluskan di Dewan Rakyat,” jelasnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI