KUCHING – Tahap kesihatan awam di negeri ini khususnya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) esok dilihat terkawal apabila hanya merekodkan sebanyak 24 kes positif Covid-19 hari ini.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dalam satu kenyataan berkata, kemunculan kluster baharu dan kematian juga tidak direkodkan pada hari ini.
“Sebanyak 11 individu dikategorikan dalam kategori 1 manakala hanya 12 orang disenaraikan dalam kategori 2 selain seorang dikelaskan dalam kategori 5.
“Sembilan kes melibatkan individu berada di Kuching, Sibu (8), Miri (3) selain masing-masing satu kes di Bintulu, Serian, Beluru dan Betong,” katanya di sini tadi. -K! ONLINE