KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mesyuarat Pra-Kabinet di Istana Negara.
Melalui hantaran Facebook, Istana Negara memaklumkan sesi mesyuarat Pra-Kabinet itu berlangsung selama satu jam bermula pukul 8 pagi hari ini.
Jelas Istana Negara, mesyuarat Pra-Kabinet antara aktiviti mingguan atau rutin utama Al-Sultan Abdullah untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu berkaitan kerajaan. – K! ONLINE