fbpx

Pitam atas jejantas, beg warga emas dilarikan 2 lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar kejadian yang dikongsi Far Maz di laman Facebooknya.

PETALING JAYA – Malang menimpa seorang lelaki warga emas apabila dia bukan sahaja pitam di atas jejantas, malah beberapa barangannya turut hilang dilarikan dua individu.

Kejadian menyayat hati itu telah dikongsi oleh seorang pengguna laman Facebook dikenali sebagai Faz Mar yang juga seorang penghantar (rider).

Menurut Far Maz, lelaki warga emas itu ditemui pitam di atas jejantas sewaktu dia selesai menghantar pesanan sekitar kawasan tersebut.

“Sampai di atas (jejambat) pak cik ni dah terduduk dengan motor dah tumbang, saya tanya kenapa pak cik, macam mana boleh jatuh ni?

“Pakcik tu bagitahu dia pitam, begnya telah diambil oleh dua lelaki. Pak cik ingat dia nak tolong,” kata lelaki berkenaan.

Tambah Faz Mar, lelaki itu memberitahu bahawa dua individu berkenaan menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC.

“Buat dua individu terbabit yang mengambil beg pak cik ini sila pulangkan semula, semoga pencuri lembut hati pulangkan balik beg pakcik ni.

“Allah akan balas atas perbuatan kamu, kamu ada ayah kan? jadi macam ni pada ayah kamu baru tau rasa dunia ini bulat,” katanya.

Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai mengecam tindakan kedua-dua lelaki terbabit dan menyifatkan mereka tidak berperikemanusiaan.

“Allahuakbar, kesiannya pak cik tu, hilang rasa hormat kat org tua mcm ni la, semoga pak cik tu baik-baik saja,” tulis Rizal Mohd Zaini.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna media sosial dikenali sebagai DS Bundle Sikamat.

“Kesian, cubalah bayangkan yang dorang curi beg ni ayah mereka sendiri, tak sanggup nak tengok, sedih betul,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI