fbpx

Penganggur didakwa bunuh warga emas nak solat Jumaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Shahrul ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Klang, hari ini.

KLANG – Seorang lelaki yang membunuh seorang warga emas yang ingin menunaikan solat jumaat minggu lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Tertuduh, Muhammad Shahrul Shamsudin, 33, yang juga seorang penganggur hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret P. Sarulatha.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh berikutan memandangkan kes bunuh dibawa bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Shahrul didakwa melakukan bunuh yang menyebabkan kematian Mohd. Sani Abdullah, 69, di hadapan sebuah rumah di Kampung Idaman, Pelabuhan Klang pukul 12.38 tengah hari pada 10 Disember lalu.

Tangkap layar berhubung pembunuhan warga emas yang ingin solat jumaat di Kampung Idaman, Klang .

Justeru, dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati sekiranya disabitkan kesalahan.

Pada prosiding tersebut, Peguam K. Nathiya mewakili tertuduh memohon anak guamnya dirujuk ke hospital kerana keluarga tertuduh mendakwa lelaki itu mempunyai masalah psikiatri dan tidak pernah mendapatkan rawatan di hospital.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur’ain Madihah Zulkifli.

Mahkamah membenarkan permohonan pihak pembelaan dan sebuhan semula kes ditetapkan 17 Januari tahun depan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI