fbpx

Night, Mother kembali praktikkan akar umbi teater

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUKANIA dan Anitha bergabung menghidupkan dya watak utama, ibu dan anak dalam Night, Mother.

SELEPAS hampir tiga dekad bekerja di belakang tabir pelbagai penerbitan teater, Pat Gui akhirnya memberanikan diri untuk duduk di kerusi pengarah buat kali pertama menerusi karya berjudul Night, Mother.

Menurut Pat Gui, karya nukilan Marsha Norman itu dirasakan cukup kuat dan merupakah naskhah yang tepat untuk dirinya membuka lembaran baharu sebagai pengarah.

“Sebelum ini, selama 30 tahun saya menguruskan pentas teater pelbagai produksi. Jadi, sudah tiba masanya untuk saya mencuba sesuatu yang baharu,” katanya yang berpengalaman sebagai penerbit dan pengurus pentas teater.

Tambah Pat Gui, sukar untuknya menolak karya Night, Mother dek kekuatan penceritaan dan mengangkat isu masalah mental dalam kalangan wanita yang semakin serius sejak kebelakangan ini.

Selain itu, perkara paling menarik baginya, karya berkenaan membawanya kembali ke akar umbi teater yang sebenar.

“Karya ini akan kembali ke asas pembikinan sebuah teater dengan tumpuan diberikan kepada dua karakter wanita, ibu dan anak bukannya kesan khas, set pentas yang mewah mahupun busana.

“Perjalanan dua watak itu sarat dengan turun naik emosi. Walaupun menyentuh isu kesihatan mental, namun perkara tersebut bukanlah subjek utamanya,” kongsi Pat Gui.

Menyentuh tentang pemilihan pelakon Sukania Venugopal dan Anitha Abd. Hamid, kedua-dua mereka merupakan pelakon teater berpengalaman bukan sahaja di Malaysia, bahkan di pentas teater antarabangsa.

Sukania misalnya, telah bekerja dalam banyak karya teater di Malaysia dan Singapura, malah turut terlibat dalam filem Talentime arahan Allahyarham Yasmin Ahmad.

Bukan itu sahaja, Sukania juga merupakan penerima anugerah Pelakon Pembantu Terbaik dalam karya Language Archieve pada acara Anugerah Boh-Cameronian ke-14.
Anitha Abd. Hamid pula berpengalaman dalam penerbitan televisyen, filem pendek dan teater. Antara karya teater lakonannya adalah Scorpion Orchid, The Killing of Sister George, Ang Tau Mui, When They Dance 3, Silence, Please, Cinta Sang Arnab, Project Watermelon, Love Journey, Bare Becket dan The Language Archive.

“Kedua-dua mereka sangat berbakat dan kualiti lakonan tidak perlu dipertikaikan lagi.

“Saya sangat yakin mereka mampu membawakan watak Thelma dan Jessie dengan baik serta meninggalkan kesan mendalam kepada penonton,” tutur Pat Gui.

Teater Night, Mother terbitan PH7 mengisahkan senario suatu petang di ruang tamu rumah Jessi yang tinggal bersama ibunya, Thelma. Jessi seorang penganggur dan penghidap epilepsy serta mengalami kegagalan dalam perkahwinan. Jessi juga mempunyai seorang anak lelaki yang bermasalah.

Thelma menyedari sesuatu yang berbeza terhadap anaknya apabila Jessi bertanya tentang pistol milik mendiang bapanya. Teater Night, Mother akan dipentaskan bermula 6 Januari sehingga 16 Januari 2022 di PJPac One Utama, Selangor.

Tiket-tiket berharga RM95 boleh didapati menerusi laman web, www.onetix.com.my.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI