fbpx

Long Tiger terima ugutan ketika dalam tahanan – Peguam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Long Tiger.

JOHOR BAHRU – Peguam kepada Long Tiger atau nama sebenarnya Ab. Hamim Ab. Hamid mendakwa terdapat cubaan mencederakan atau cubaan membunuh individu berkenaan ketika ditahan di dalam penjara.

Datuk Shaharudin Ali berkata, pihaknya telah melakukan satu laporan polis berhubung perkara tersebut.

Katanya, Hakim Mahkamah Tinggi Muar juga telah merekodkan semua kenyataan kenyataan peguam dan Timbalan Pendakwa Raya dalam mahkamah terbuka pada 21 November lalu.

Pihaknya bagaimanapun mengakui perbuatan anak guamnya yang bertindak melarikan diri daripada tahanan sah adalah satu kesalahan jenayah.

“Berita tentang anak guam kami melarikan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak telah menular luas.

“Kejadian ini memeranjatkan kami kerana pada sebelah pagi, kes terhadap Long Tiger mulanya telah dipanggil oleh Majistret di dalam kamar.

“Namun semasa para peguam makan tengah hari di bandar Muar, kami dikejutkan dengan berita Long Tiger telah lari keluar dari lokap mahkamah. Kami juga dimaklumkan kes telah ditunda keesokkan harinya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bagaimana beliau memberitahu pihaknya tidak pasti sama ada Long Tiger melarikan diri mempunyai kaitan dengan perkara tersebut atau tidak.

“Cubaan mencederakan Hamim semasa dalam tahanan bukan perkara baru kepada kami dan semuanya ini telah dirakamkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Muar.

“Akibat daripada dakwaan ini, untuk keselamatan tertuduh, Hakim telah meminta Hamim dipindahkan ke penjara lain namun setakat ini, kita tidak tahu perkembangan siasatan laporan polis yang telah dibuat bagi pihak Hamim.

“Kami khuatir dan kami tidak tahu, samada Hamim melarikan diri atas sebab yang berkaitan dengan keadaan mentalnya akibat daripada serangan fizikal dan mental keatas beliau didalam tahanan reman,” ujarnya.

Kelmarin, suspek berketurunan Rohingya itu diburu polis selepas berjaya melarikan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak dengan meloloskan diri melalui pintu utama mahkamah pada pukul 11.55 pagi sebelum perbicaraannya bermula.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd. Fadhil Minhat sebelum ini dilaporkan berkata, empat anggota polis yang bertanggungjawab mengiringi suspek ke mahkamah juga akan disiasat di bawah Seksyen 233 kerana kecuaian.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI