fbpx

Long Tiger mungkin bersembunyi di Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Long Tiger

JOHOR BAHRU – Polis Johor tidak menolak kemungkinan lelaki etnik Rohingya digelar Long Tiger yang meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak, dekat sini kelmarin bersembunyi di Melaka.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan berkata, kedudukan Tangkak dan Melaka yang berdekatan mendorong Long Tiger atau nama sebenarnya, Abdul Hamim Ab Hamid, 33, lari ke Melaka.

“Long Tiger dibawa dari Penjara Sungai Udang untuk dituduh di Mahkamah Majistret Tangkak. Memang Tangkak dan Melaka bersempadan.

“Mungkin dia lari ke Melaka, kemungkinan. Sebab itu Ketua Polis Melaka juga sudah buat kenyataan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Ayob Khan memberitahu, empat anggota polis disiasat untuk membantu siasatan kes Long Tiger lolos mengikut Seksyen 223 Kanun Keseksaan iaitu cuai sehingga menyebabkan tahanan lari.

“Polis Johor juga sedang mengambil tindakan susulan. Bukan gantung, bukan tahan kerja,” katanya.

Dalam kejadian pada pukul 11.55 pagi Rabu lalu, Ab. Hamim bertindak meloloskan diri melalui pintu utama Mahkamah Majistret Tangkak sebelum perbicaraan bermula.

Lelaki itu diambil dari penjara Sungai Udang untuk perbicaraan di bawah Seksyen 388 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI