fbpx

Lesen penjaja sementara Selangor dilanjut 6 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sze Han (tiga kanan) dan Dzulkefly (paling kanan) beramah bersama penjaja Medan Selera Bestari Jaya, Kuala Selangor hari ini.

KUALA SELANGOR – Pemberian lesen penjaja sementara bagi golongan berpendapatan rendah di Selangor dilanjutkan sehingga Jun tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru Selangor, Ng Sze Han berkata, lesen sementara itu sepatutnya berakhir pada hujung bulan ini namun dilanjutkan enam bulan selepas diputuskan kerajaan negeri bagi membantu penjaja yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

“Terdapat kira-kira 200,000 penjaja kecil dan sederhana yang terkesan di seluruh negeri ini. Jika kita tidak membantu rakyat dan peniaga, ia dikhuatiri akan menyebabkan kesan kepada sosio ekonomi.

“Justeru, kerajaan negeri bersetuju melanjutkan tempoh lesen penjaja sementara sehingga Jun 2022,” katanya ketika merasmikan Medan Selera Bestari Jaya di sini, hari ini.

Turut hadir, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS), Rahilah Rahmat.

Tambah Sze Han, musim pandemik mengakibatkan rakyat hilang pekerjaan termasuk yang terpaksa berniaga kecil-kecilan untuk meneruskan kehidupan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI