fbpx

JPS keluar amaran aras air Sungai Pahang meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan amaran aras air Sungai Pahang di Jerantut, Pahang sedang berlaku trend peningkatan.

JPS dalam satu kenyataan berkata, sekiranya hujan berterusan Stesen Sungai Tembeling di Kampung Merting di Lembangan Sungai Pahang diramalkan melepasi paras bahaya.

“Aras air di Stesen Sungai Tembeling di Lembangan Sungai Pahang diramalkan melepasi aras bahaya sebanyak 0.11 meter (58.11 meter) pada pukul 4 petang ini,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut JPS, aras air di sungai itu pada pukul 2 petang tadi 56.82 meter berbanding aras waspada 54 meter, aras amaran 56 meter dan aras bahaya 58 meter. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI