fbpx

‘Jangan jadikan penjara tempat kematian, biarlah mati elok-elok’ – hakim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORAINI (tengah) dijatuhi hukuman penjara lapan tahun selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan dan kedua memiliki dadah di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor hari ini.

SHAH ALAM – “Sudah macam Keluarga 69, hendak jadi apa ini? Emak macam ini, bapa macam ini. Cukup-cukuplah, jangan jadikan penjara sebagai tempat kematian, biarlah mati elok-elok,”.

Demikian teguran dari Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abd. Halim Aman sebelum menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun terhadap tertuduh Noraini Yusof, 57, yang mengaku bersalah atas dua pertuduhan termasuk pilihan kerana memiliki syabu dengan berat keseluruhan 52.4gram, dua tahun lalu.

Mahkamah membenarkan hukuman penjara dijalankan serentak bermula dari tarikh tangkap pada 17 Februari 2019.

Pada prosiding itu, Abd. Halim menegaskan agar tertuduh menjadikan hukuman itu sebagai pengajaran dan berharap supaya anak-anak tertuduh yang lain tidak terjebak ke kancah dadah.

“Suami pergi macam itu (menjalani hukuman di penjara kerana kesalahan dadah), kenapa ikut? Kamu boleh berfikir apa akan jadi kepada anak-anak kamu.

“Sebagai ibu, macam mana kamu hendak tunjuk tauladan baik kepada anak? Tidak akan ada kesudahan. Kalau sudah tunjang begitu, tidak kukuh, tidak kuat, macam mana nanti?,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI