fbpx

Insankan teknologi agar mesra pengguna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADHAM Baba berucap melancarkan Inisiatif Pemasaran dan Penjenamaan MySTIE 5.0 dan merasmikan Program Masterclass by Koetler hari ini. – Foto Ihsan MOSTI dan ASM

PUTRAJAYA – Setelah lebih setahun diperkenalkan, Rangka Kerja Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi Malaysia (MySTIE) memasuki fasa kelima yang lebih pemasaran bersepadu.

Bahkan, usaha itu menyaksikan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi menampilkan buat julung kali Program Masterclass ‘Bapa Pemasaran Moden’, Prof. Emeritus Philip Kotler.

Menurut menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba, versi kelima itu diharap dapat diaplikasikan oleh ramai usahawan tempatan dalam menginsankan teknologi agar lebih mesra pengguna.

“Terdapat pelbagai jenis pemasaran yang dapat bawa pengaruh besar dalam menentukan trend perniagaan dan ini wajar dimanfaatkan supaya kita lagi tidak jauh ketinggalan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Inisiatif Pemasaran dan Penjenamaan MySTIE 5.0 dan merasmikan Program Masterclass by Koetler yang diadakan secara maya hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI