fbpx

IJN tidak benarkan Mahathir terima pelawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tun Dr. Mahathir Mohamad.

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad masih menjalani beberapa pemeriksaan di Institut Jantung Negara (IJN).

IJN dalam satu kenyataan berkata, pemeriksaan itu akan selesai dalam beberapa hari lagi dan Mahathir akan berada di IJN sepanjang tempoh tersebut.

“Berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) semasa, tiada pelawat dibenarkan melawat Yang Amat Berbahagia Tun,” kata kenyataan itu hari ini.

Mahathir, 96, yang juga Ahli Parlimen Langkawi dimasukkan ke IJN kira-kira pukul 7 petang semalam bagi menjalani pemeriksaan kesihatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI