fbpx

Identiti 13 mangsa bot karam dikenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara jenazah PATI yang ditemui mati lemas di Pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor.

JOHOR BAHRU – Indentiti 13 mangsa yang terselamat dalam kejadian bot pancung karam di Tanjung Balau, Kota Tinggi dekat sini, Rabu lalu dikenal pasti.

Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) Johor Bahru memaklumkan sembilan pendatang asing tanpa izin (PATI) berasal dari Lombok, Indonesia.

Manakala, masing-masing seorang dari Batam, Pekan Baru, Tanjung Balai Karimun dan Jember.

“Mangsa yang terselamat kini ditahan untuk proses dokumentasi serta siasatan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor.

“Untuk mangsa yang terselamat ini, KJRI Johor Bahru akan memastikan hak keselamatan, kondisi kesihagan serta berkomunikasi dengan keluarga korban di Indonesia,” katanya dalam kenyataan di sini.

Jelas KRJI, sehingga semalam, sebanyak tiga jenazah telah dikenal pasti keluarga dan mereka masing-masing berasal satu dari Pekan Baru dan dua dari Lombok Tengah.

KJRI berkata, pihaknya telah menghubungi keluarga mangsa untuk proses membawa pulang jenazah ke daerah asal di Indonesia.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI