fbpx

Hujan berterusan di Kelantan, Terengganu sehingga esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran jingga iaitu hujan lebat di Kelantan dan Terengganu sehingga esok

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata,  amaran kuning iaitu tahap waspada dikeluarkan untuk seluruh Pulau Pinang dan Perak.

“Hujan berterusan juga dijangka berlaku sehingga 18 Disember (esok) di Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah manakala Pahang pula di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera dan Pekan.

“Bagi negeri Selangor melibatkan Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor,” katanya dalam kenyataan di sini pada petang ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI