fbpx

GPS yakin kekal penguasaan 72 kerusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG pemuda menolak kerusi roda yang dinaiki seorang warga emas di Esplanade Telaga Air Waterfront, Kuching semalam. – MUHAMAD IQBAL ROSLI

PETRA JAYA – Gabungan Parti Sarawak (GPS) memberi keyakinan akan menerima sokongan maksimum pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak esok sekali gus mengekalkan penguasaan 72 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti sebelum ini.

Timbalan Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Fazzrudin Abdul Rahman berkata, keyakinan itu dibuat berdasarkan prestasi dipamerkan GPS kepada rakyat sepanjang tiga tahun memerintah Sarawak.

“Sepanjang tiga tahun, Abang Johari (Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg) banyak melakukan transformasi infrastruktur khususnya bagi membangunkan kawasan luar bandar serta pembangunan digital di negeri ini.

“Dari sudut itu, rakyat boleh menilai bagaimana corak ke­pimpinan GPS, malah mereka boleh bandingkan bagaimana keadaan di Sarawak sebelum ini sepanjang 22 bulan Pakatan Harapan (PH) memerintah Persekutuan,” katanya kepada Kosmo! semalam.

FAZZRUDIN

Beliau yang juga calon GPS bagi DUN Tupong berkata, mimpi ngeri dirasai rakyat Sarawak ketika PH menjadi kerajaan turut membuatkan pengundi lebih matang serta menilai manakah parti terbaik untuk mereka.

Ketika ditanya mengenai barisan tokoh politik mewakili Parti Sarawak Bersatu (PSB) yang disifatkan sebagai saingan terdekat GPS, Fazzrudin menjelaskan ketokohan seseorang tidak menjamin kehebatan sesebuah parti.

Katanya, ketika PH memerintah, banyak tokoh hebat berada dalam parti itu, tetapi adakah mereka semua dapat menunaikan apa yang dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

“Sewaktu jadi kerajaan, ba­nyak benda PH tidak boleh buat, ada masalah dalam pentadbiran seperti menteri tiada pengalaman serta isu kestabilan politik selepas wujudnya pelbagai kon­flik dalaman.

“PSB turut menawarkan pakej sama seperti PH, jadi saya yakin rakyat Sarawak boleh menilai parti mana harus membentuk kerajaan seterusya merencanakan pelbagai pembangunan kepada mereka,” ujarnya.

Pada PRN kali ini, GPS bertanding di semua 82 DUN, manakala PSB meletakkan calon di 70 kerusi sekali gus menjadi parti ketiga terbanyak mempu­nyai calon.

Pada PRN 2016 lalu, GPS yang bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional berjaya memenangi 72 kerusi dan mempunyai majoriti dua pertiga untuk membentuk kerajaan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI