fbpx

Februari, Mac 2022 tarikh baharu bicara Muhammad Shafee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Shafee ketika tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan Februari dan Mac 2022 bagi tarikh sambung perbicaraan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang menghadapi tuduhan pengubahan wang haram RM9.5 juta dan memberi pernyataan palsu kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Tarikh perbicaraan baharu itu ditetapkan Hakim Datuk Muhammad Jamil pada pengurusan kes hari ini.

Tarikh-tarikh perbicaraan baharu yang ditetapkan ialah pada 10, 15 dan 22 Februari yang kemudian  bersambung pada 1, 28 dan 29 Mac 2022.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz tarikh baharu itu ditetapkan selepas perbicaraan yang sepatutnya berjalan pada 10 Disember lalu terpaksa ditangguhkan.

Ia berikutan status MySejahtera Muhammad Shafee peguamnya Harvinderjit Singh ketika itu menunjukkan mereka mempunyai kontak dengan Covid-19.

“Hari ini adalah pengurusan kes bagi tarikh-tarikh baharu untuk perbicaraan, ” katanya.

Dalam prosiding hari ini Muhammad Shafee yang hadir di mahkamah diwakili peguam Sarah Abishegam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI