fbpx

Eskayvie lebar sayap ke Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Eskayvie melangkah setapak lagi selepas membuka pusat edaran pertamanya secara rasmi di Sarikei, Sarawak bermula 10 Disember lalu.

PETALING JAYA – Seiring visi memperkasakan kesihatan dan ekonomi ummah, Eskayvie Sdn. Bhd., (Eskayvie) maju setapak lagi dengan membuka pusat edaran pertamanya di Sarikei, Sarawak secara rasmi bermula 10 Disember lalu.

Pengarah Urusannya, Kartika Wati Mohamed berkata, keputusan berkenaan didorong permintaan mendadak dua produk berkualiti keluaran mereka, Diffenz dan Diffenz Junior.

“Kami menjangkakan permintaan terhadap dua produk itu akan mencecah 150,000 unit sebulan bagi pasaran Sabah dan Sarawak.

“Ia bersesuaian dengan keperluan masyarakat terhadap penjagaan kesihatan yang lebih baik pada masa kini termasuk di era pandemik Covid-19,” katanya.

Menurut Kartika lagi, pusat edaran terbaru di lokasi terbabit akan turut dilengkapi pusat latihan untuk usahawan Eskayvie Nexus bagi mengikuti pelbagai program latihan pemasaran dan jualan yang akan dijalankan.

“Program latihan keusahawanan ini akan dijalankan secara komprehensif untuk semua wakil jualan sah dan berdaftar sebagai Eskayvie Nexus” katanya.

Malah, Kartika optimis kewujudan pusat edaran itu dapat memberi banyak kelebihan kepada pelanggan dan pengguna khususnya di Sabah dan Sarawak.

“Produk kami kini boleh didapati dengan lebih mudah dan cepat dengan tempoh penghantaran melalui khidmat kurier yang hanya mengambil masa sekitar satu hingga tiga hari bagi Sarawak.

“Manakala bagi Sabah pula mengambil masa jangkaan dalam tiga hingga lima hari. Inisiatif ini pastinya sangat membantu pelanggan di Sabah dan Sarawak untuk menikmati penjimatan kos penghantaran yang lebih rendah dan lebih cepat berbanding sebelum ini.

“Pusat edaran ini turut membuka peluang kepada mereka yang berminat untuk menjana pendapatan tambahan sebagai usahawan Eskayvie Nexus,” katanya.

Menjelang 2022, Eskayvie mensasarkan untuk membantu seramai 50,000 usahawan menjana pendapatan lumayan bersama mereka.

Syarikat bumiputera sepenuhnya yang menjadi peneraju dalam penghasilan suplemen kesihatan sejak tiga tahun itu diterajui Kartika bersama suaminya, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al Qudri sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang www.eskayvie.com atau Facebook Eskayvie Malaysia. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI