fbpx

Diana Danielle suka Covid-19 elak pembaziran majlis kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelakon, Diana Danielle berpendapat era Covid-19 membuatkan orang ramai lebih bijak menguruskan kewangan majlis perkahwinan.

PETALING JAYA – Pandemik Covid-19 boleh menyebabkan banyak perkara menyedihkan namun satu perkara positif datang daripada wabak maut berkenaan adalah mengelakkan pembaziran terutama dalam perihal perbelanjaan majlis perkahwinan.

Positif dengan situasi tersebut, pelakon popular, Diana Danielle atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson berasa gembira dengan norma baharu yang diamalkan oleh masyarakat yang ingin berumah tangga sepanjang pandemik.

“Saya suka bagaimana majlis perkahwinan sewaktu era Covid-19 sangat ringkas sekarang. Kalau dahulu, tiada seribu orang dijemput datang dengan dua tiga majlis, mereka dipandang serong.

“Kasihan pengantin. Bukan semua berkemampuan sampai ada yang berhutang nak mencapai piawaian ‘kahwin’ itu. Sekarang ini, majlis perkahwinan hanya melibatkan mereka (pengantin) dan keluarga,” ciap Diana, 30, menerusi Twitter.

Ciapan berkenaan mendapat reaksi pelbagai netizen yang rata-rata bersetuju dengan pendapat isteri kepada aktor, Farid Kamil itu.

“Meskipun nanti sudah tidak waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya kahwin nanti memang nak jemput kurang daripada 200 orang,” ciap seorang pengguna Twitter.

Sementara itu, seorang pengguna Twitter lain berpendapat orang Melayu sememangnya sudah terlazim dengan budaya mengadakan majlis besar-besaran di luar kemampuan kewangan mereka.

“Bangsa lain saya tak tahu, tapi kalau Melayu, dah biasa wajibkan adat yang membebankan iaitu majlis nak kena besar-besaran dan lagi banyak belanja, lagi bagus.

“Kalau mampu, tak apa, ini lebih dari kemampuan dan menjadi beban. Islam pula didik kita untuk bersederhana,” coret netizen berkenaan.

Memasuki era endemik dan bagi mengekang penularan virus berkenaan yang belum berkesudahan, ramai dalam kalangan masyarakat, khususnya pasangan yang mahu berkahwin mula menampakkan kebijaksanaan menguruskan kewangan apabila hanya menjemput kenalan terdekat ke hari bahagia mereka. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI