fbpx

Bayi didakwa cedera ditendang lembu, rupanya dilanggar kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

ALOR SETAR – Seorang lelaki warga Myanmar ditahan selepas menghantar anaknya yang baru berusia setahun dengan kesan kecederaan pada kepala dan muka didakwa akibat ditendang lembu ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Datuk G. S. Suresh Kumar berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang pegawai perubatan HSB memaklumkan menerima seorang bayi warga Myanmar berusia setahun yang mengalami kecederaan pada kepala dan muka melecet kira-kira pukul 10.56 malam.

“Kecederaan tersebut dikatakan akibat ditendang seekor lembu semasa bayi terbabit sedang bermain di luar rumah.

“Hasil siasatan yang dijalankan pihak polis bagaimanapun mendapati mangsa telah dilanggar oleh bapanya ketika mengundur kereta di kediaman mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, keadaan terkini mangsa adalah stabil dan masih di bawah pengawasan wad unit rawatan rapi (ICU) HSB.

Menurut Suresh, suspek berusia 27 tahun yang bekerja sebagai buruh binaan direman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah untuk siasatan lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI