fbpx

Banjir di Gua Musang sudah dijangka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua penduduk melihat keadaan rumah mereka yang dinaiki air di Kampung Limau Kasturi Gua Musang hari ini. FOTO AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Kira-kira 200 keluarga yang tinggal di Kampung Limau Kasturi di sini sudah lali apabila kampung mereka sering dilanda banjir akibat cuaca hujan berterusan setiap hujung tahun.

Lokasi rumah mereka yang terletak berhampiran Sungai Galas menyebabkan penduduk Kampung Limau Kasturi di sini kerap mengalami kerugian dan terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Seorang penduduk, Yusof Arif, 56, berkata, selepas berlaku hujan berterusan sejak semalam, rumah penduduk telah dilimpahi air banjir dan jalan perhubungan kampung mereka juga tidak dapat dilalui oleh semua kenderaan.

Katanya, paras air Sungai Galas di Kampung Limau Kasturi ketika ini semakin meningkat kerana hujan masih lagi turun.

“Kami tidak lena tidur sejak malam tadi apabila hujan lebat turun berterusan. Kami bersiap sedia menyimpan barangan dan dokumen berharga.

“Pada pukul 4.30 pagi ini air sungai semakin meningkat dan melimpahi paras tebing dan memasuki rumah beberapa penduduk kampung,” katanya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI