fbpx

Amaran Sang Garuda buat Harimau Malaya – Tae-yong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TAE-YONG berpuas hati apabila berjaya mengikat Vietnam dengan keputusan seri sekali gus memimpin carta Kumpulan B, Piala AFF Suzuki.

MENJELANG aksi penentuan Ahad ini, Indonesia sudah pun beri amaran jelas buat Harimau Malaya apabila berjaya mengikat juara bertahan, Vietnam tanpa jaringan.

Ketika ramai menjangkakan skuad Naga Emas mampu me­raih kemenangan mudah untuk memastikan slot ke separuh ­akhir lebih awal, Indonesia tampil membuktikan ramalan itu adalah salah.

Ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong menjadikan kekuatan mentaliti sebagai kunci utama kepada prestasi baik dipamerkan anak-anak buahnya.

“Sebelum perlawanan, saya memberitahu barisan pemain supaya mengelak daripada kekalahan dan cuba mengutip sekurang-kurangnya satu mata.

“Vietnam adalah pasukan yang bagus tetapi saya beritahu kepada pemain saya, adalah penting untuk memiliki mental yang kuat berdepan dengan skuad Park Hang-seo. Saya berpuas hati dengan keputusan ini,” katanya.

Keputusan itu menyaksikan skuad Garuda teruja memimpin carta Kumpulan B, berkongsi tujuh mata dengan Vietnam.

Ahad ini bakal menjadi penentu kepada persaingan tiga penjuru, Indonesia, Vietnam dan Malaysia bagi menentukan dua slot ke separuh akhir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI