fbpx

AirAsia mula penerbangan ke Phnom Penh 26 Januari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lebih 90 peratus daripada 16 juta penduduk Kemboja telah divaksin sepenuhnya membolehkan kerajaan melonggarkan sekatan kemasukan pelancong dan pengembara antarabangsa untuk melancong ke negaranya. – Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pengumuman perjalanan tanpa kuarantin baharu oleh kerajaan Kemboja pada 15 November lalu untuk mengalu-alukan kedatangan pelancong dari mana-mana negara yang telah divaksin sepenuhnya telah membuka peluang bagi AirAsia Malaysia untuk menyambung semula penerbangan antara Kuala Lumpur dan Phnom Penh mulai 26 Januari ini.

Jadual dua penerbangan ming­guan pergi balik dari Kuala Lumpur itu adalah pada setiap hari Rabu dan Ahad.

Mulai sekarang, pelanggan boleh menempah penerbangan mereka ke Phnom Penh pada harga serendah RM189 sehala.

Ketua Pegawai Eksekutif Air­Asia Malaysia, Riad Asmat berkata, selepas Thailand dan Singapura, pihaknya kini telah bersedia sepenuhnya untuk kembali memulakan penerba­ngan ke Phnom Penh.

“Kami telah menyaksikan sambutan yang menggalakkan daripada pelancong ke Singapura melalui VTL dan ke Thailand sejak kebelakangan ini.

“Kami menjangkakan pemulihan yang sama ke Kemboja dan ke pasaran lain apabila sekatan perjalanan antarabangsa terus dilonggarkan.

“AirAsia berbangga menyokong inisiatif kerajaan Kemboja ini dan kami tidak sabar untuk melancarkan lebih banyak penerbangan ke negara itu tidak lama lagi,” katanya dalam kenyataan.

Tambah Riad, semua pelancong dan pengembara antarabangsa dikehendaki menjalani ujian PCR Covid-19 dalam tempoh 72 jam sebelum perjalanan dan mengemukakan bukti vaksin penuh yang sah dan diakui dari negara asal masing-masing.

Setibanya di Kemboja, pengembara dan pelancong perlu sekali lagi menjalani ujian pantas diagnostik Covid-19 (secara percuma) dan jika keputusannya negatif, mereka bebas untuk ke mana-mana sahaja di Kemboja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI