fbpx

4 nelayan bertarung nyawa 10 jam terapung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bot nelayan yang berjaya menyelamatkan empat nelayan tersebut selepas karam di kedudukan 13 batu nautika barat daya Tanjung Segenting, Batu Pahat semalam.

KOTA TINGGI – Empat nelayan bertarung nyawa selama 10 jam di lautan selepas bot dinaiki karam di kedudukan 13 batu nautika barat daya Tanjung Segenting, Batu Pahat semalam.

Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Johor, Kepten Maritim Simon Templer Lo Ak Tusa berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 11 malam.

Katanya, Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Johor Bahru mendapat maklumat itu pada pukul 1.30 pagi dari Zon Maritim Batu Pahat yang menerima panggilan awal kejadian berkenaan daripada pemilik bot.

“Kesemua empat orang nelayan itu warganegara Malaysia berumur dalam lingkungan 25 tahun hingga 34 tahun. Bot berkenaan karam berikutan cuaca buruk dan laut beralun besar.

“Bagaimanapun semua kru bot yang memakai jaket keselamatan dijumpai dalam keadaan selamat selepas terapung di laut selama 10 jam. Kesemua mereka diselamatkan bot nelayan lain yang turut sama mencari bot mereka yang telah karam,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) di Tanjung Balau, di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI