fbpx

Banjir: 113 mangsa dipindahkan di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kira-kira 113 mangsa telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.

KLANG – Kira-kira 113 mangsa telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara susulan kediaman mereka dinaiki air setinggi satu meter akibat hujan berterusan sejak pagi tadi.

Pusat pemindahan itu adalah Sekolah Rendah Agama Kampung Delek dan Pulau Indah dan Sekolah Kebangsaan Telok Gong.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, Kampung Nelayan Telok Gong mencatatkan jumlah mangsa seramai 106 orang.

Katanya, ini susulan limpahan air di kawasan kumbahan dan longkang menyebabkan paras air naik sedalam saru meter.

“Kita turut memindahkan dua keluarga termasuk empat kanak-kanak di Jalan Nangka, Banting dan Taman Dato’ Hormat, Telok Panglima Garang.

“Pemantauan sedang dijalankan secara menyeluruh dan mengesan sekiranya ada mangsa banjir lain,” katanya dalam kenyataan hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI