fbpx

UPSI universiti terbaik dalam penarafan Ul-Greenmetric World University

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UPSI.

TANJUNG MALIM – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melonjak kedudukan ke-176 terbaik dunia pada penarafan Ul-Greenmetric World University Ranking 2021 berbanding ke-203 tahun lalu.

Naib Canbselor UPSI, Prof Datuk Dr Md. Amin Md. Taff melahirkan rasa bangga dengan pencapaian peringkat dunia untuk kali kelima bagi tahun 2021 itu yang dimumkan semalam

Beliau berkata, lonjakkan itu berikutan daripada keberkesanan pelan strategik UPSI 2021- 2025 yang memberi penekanan khusus dalam kelestarian kampus.

“Penarafan ini adalah penanda aras pada komitmen universiti di seluruh dunia dalam meningkatkan kelestarian kampus dan UPSI yang terletak di sisi Banjaran Titiwangsa yang indah permai.

“Ia memberi kelebihan selain pelbagai keistimewaan daripada aspek pengurusan alam sekitar,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, penarafan berkenaan meliputi enam indikator utama iaitu persekitaran dan infrastuktur, tenaga dan perubahan cuaca, pengurusan sisa buangan, penggunaan air, pengangkutan dan pendidikan.

Katanya, kejayaan UPSI menunjukkan komitmen berterusan terhadap pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar menerusi kebelbagaian aktiviti kelestarian kampus.

UPSI memiliki dua kampus iaitu Kampus Sultan Abdul Jalil Shah yang berkeluasan 85 ekar terletak berhampiran pekan Tanjung Malim manakala Kampus Sultan Azian Shah yang berkeluasan 850 ekar pula terletak di Proton City. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI