fbpx

Touch’n Go, Smart Tag akan dihentikan laluan tol Juru hingga Skudai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Transaksi tol menggunakan teknologi Radio Frequency Identification (RFID) akan dilaksanakan untuk kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) di laluan Juru, Pulau Pinang hingga Skudai, Johor di Lebuh Raya Utara-Selatan bermula 15 Januari depan.

Kementerian Kerja Raya (KKR) berkata, langkah ini bagi mengurangkan kesesakan yang berlaku di plaza tol.

“Ia bertepatan dengan keperluan dan kehendak pelanggan lebuh raya serta selari dengan perkembangan teknologi masa kini.

“Pelaksanaan RFID juga selaras dengan Rancangan Induk Sistem Pengangkutan Pintar (Intelligent Transport System-ITS Blue Print) yang diterajui oleh KKR termasuklah pelaksanaan Sistem Tol Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari inni.

Tambahnya, RFID juga menawarkan sekuriti tunai digital dan tambah nilai tanpa tunai melalui penggunaan Touch ‘n Go e-wallet tanpa perlu mengunjungi kaunter tambah nilai.

Selain itu, katanya, kutipan tol menggunakan kad Touch ‘n Go dan Smart Tag masih lagi disediakan namun akan dihentikan secara berperingkat.

“Pihak KKR dan Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) ingin mengajak pengguna lebuh raya segera beralih kepada sistem pembayaran tol RFID bagi menikmati perjalanan yang lebih baik dan mudah seiring perkembangan teknologi masa kini,” ujarnya.

Tambahnya, orang ramai boleh mendapatkan tag RFID secara online menerusi Touch ‘n Go e-wallet, portal Touch ‘n Go atau ejen pemasaran yang dilantik. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI