fbpx

Tokoh Guru Kebangsaan: Dulu nak jadi pegawai pertanian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radzi (tengah) bergambar bersama penerima para anugerah pada Majlis Penyampaian Anugerah Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2021 di Hotel Everly di sini, hari. Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Pernah bercita-cita mahu menjadi pegawai pertanian namun sebaik menerima tawaran melanjutkan pengajian dalam bidang pendidikan, hatinya terus tertarik untuk menjadi guru sekali gus menabur ilmu dan bakti kepada anak bangsa.

Noorizan Mohamed, 65, yang juga penerima Tokoh Guru Kebangsaan 2021 berkata, malah kecintaan dalam sektor perguruan juga dipengaruhi oleh sokongan ibu bapa yang turut menggalakkannya mengejar kerjaya sebagai guru.

“Ibu bapa memang nak saya menjadi seorang guru tetapi pada waktu itu, saya rasa macam nak jadi pegawai pertanian. Saya akhirnya mendapat tawaran ke Universiti Putra Malaysia (UPM) (dahulu dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia) dalam bidang pendidikan.

“Waktu kanak-kanak dahulu, saya selalu ‘main-main sekolah’ bersama adik beradik. Sebenarnya saya minat apabila tengok cikgu datang ke sekolah berpakaian cantik dengan warnanya dipadankan dengan kasut, saya nampak (cikgu) cantik sangat,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Anugerah Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2021 di sini hari ini.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin.

Dalam pada itu, Noorizan yang juga ibu kepada dua anak selain mempunyai enam cucu berkata, sebelum ini dia mengajar mata pelajaran Sains dan Biologi serta berkhidmat sebagai guru sejak 1980 dan bersara pada 2014. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI