fbpx

Taufan kuat hentam selatan Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELANCONG tempatan tiba di sebuah kompleks sukan yang diubah menjadi pusat perlindungan di bandar Dapa, Mindanao ketika Taufan Rai membadai pulau berkenaan semalam. - AFP

MANILA – Beribu-ribu orang di Filipina meninggalkan kediaman mereka dan resort tepi pantai ketika taufan kuat menghentam kepulauan berkenaan semalam dengan pihak berkuasa mengeluarkan amaran angin kencang dan hujan lebat.

Taufan Rai membawa angin kuat selaju 165 kilometer sejam ketika membadai bahagian tengah dan selatan Filipina, kata agensi meteorologi negara itu.

Agensi berkenaan memberi amaran kekuatan angin Taufan Rai boleh meningkat kepada 195 kilometer sejam beberapa jam sebelum ribut tiba di daratan dekat destinasi pelancongan popular, Pulau Siaragao tengah hari semalam.

“Angin taufan pemusnah ini diramal membawa hujan sederhana hingga lebat yang boleh memusnahkan struktur dan tanaman,” tambahnya.

Lebih 45,000 orang mencari tempat berlindung ketika ribut itu bergerak melintasi Lautan Pasifik.

Mereka termasuk pelancong domestik yang melawat pantai-pantai dan lokasi selaman popular di Filipina menjelang cuti Hari Krismas. Pelancong asing masih dilarang daripada memasuki negara itu di bawah sekatan Covid-19.

Berpuluh-puluh penerbangan telah dibatalkan dan pelabuhan-pelabuhan ditutup sementara selepas agensi meteorologi mengeluarkan amaran permukaan laut boleh meningkat sehingga beberapa meter dan mencetuskan banjir yang mengancam nyawa penduduk di kawasan rendah.

Taufan Rai yang dinamakan penduduk tempatan sebagai Odette, melanda Filipina pada akhir musim taufan dengan kebanyakan ribu siklon terbentuk antara bulan Julai hingga Oktober.

Taufan itu dikangka melanda rantau Visayas, Pulau Mindanao dan Kepulauan Palawan sebelum melintasi Laut China Selatan esok dan menuju ke Vietnam.

Filipina dilanda sekitar 20 ribut dan taufan pada setiap tahun yang memusnahkan tanaman, merobohkan kediaman dan infrastruktur di negara itu. – AFP  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI