fbpx

Skuba di Pulau Tioman ketika musim monsun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

HAMPIR dua tahun dunia dilanda ‘badai’ pandemik Covid-19, namun ia bukan penamat bagi penganjuran aktiviti riadah dan santai, khususnya bagi pencinta alam semula
jadi.

Selepas kerajaan membenarkan pergerakan merentas negeri serta menjalankan aktiviti riadah dengan
mematuhi prosedur operasi standard tertentu, orang ramai mula menantikan penganjuran acara tahunan.

Ia merupakan platform terbaik kepada masyarakat melakukan pelbagai aktiviti riadah, di samping menikmati keindahan alam.

Salah satu acara tahunan yang sangat dinantikan oleh pencinta hidupan marin adalah Start in Tioman (SIT) 2021 yang diadakan dari 8 sehingga 11 November lalu.

Walaupun jumlah penyertaan berkurangan pada tahun ke-12 itu, namun pelbagai aktiviti menarik tetap diadakan terutamanya menyelam dan snorkeling.

Menariknya, acara yang berlangsung di sekitar Pulau Tioman, Pahang itu turut melibatkan pelajar politeknik dan pemain industri pelancongan yang mahu membantu menaikkan kembali sektor pelancong di situ.

Pengarah SIT 2021, Syed Rizalman Syed Abu Bakar berkata, acara pada tahun ini berlangsung ketika
bermulanya musim Monsun Timur Laut berbanding penganjuran terdahulu.

“Kami memilih untuk mengadakan program SIT sewaktu monsun bagi mengubah pandangan masyarakat bahawa segala aktiviti dihentikan di Pulau Tioman pada musim ini.

“Kami juga mahu menunjukkan kepada pelawat, aktiviti penduduk tempatan tetap berjalan ketika musim
monsun, sekali gus mempromosikan Pulau Tioman,” katanya kepada Horizon baru-baru ini.

Menurut Syed Rizalman, jumlah penyertaan pada tahun ini terpaksa dihadkan ekoran kebimbangan terhadap penularan pandemik Covid-19.

“Kami mengawal jumlah peserta pada tahun ini. Jika tahun lepas, kami terima 88 penyertaan, untuk kali ini ia dihadkan kepada 65 orang sahaja.

“Pada mulanya, acara SIT 2021 dijangka dibatalkan, sebaliknya ia Skuba di Pulau Tioman ketika
musim monsun berjaya menjadi kenyataan dengan peserta menginap di Kampung Genting,” katanya.

Antara aktiviti yang diadakan termasuk melawat taman laut, mendaki, snorkeling, fun dive dan kelas untuk Open Water Diving serta Advanced Open Water Diving.

JUMLAH peserta acara SIT 2021 dihadkan kepada 65 orang pada kali ini ekoran kebimbangan terhadap penularan pandemik.

Uniknya, acara tahun ini berteraskan kesedaran terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan hidupan laut bagi memupuk kesedaran dalam kalangan peserta.

Syed Rizalman menambah, biarpun banyak resort ‘sunyi’ di Pulau Tioman, acara itu sedikit sebanyak memberi semangat baharu kepada para penggiat pelancongan di situ.

Katanya, sekiranya keadaan kembali reda, jumlah kapasiti peserta dan aktiviti akan ditambah bagi memeriahkan lagi acara berkenaan pada tahun depan.

“SIT akan dijadikan acara wajib dalam kalendar pelancongan negara tahun depan.

“Antara acara dirancang adalah konservasi hidupan marin dan fotografi dasar laut,” terangnya.

Rata-rata peserta menyifatkan, acara itu sebagai pendedahan menarik bagi mereka yang mahu mengenali kehidupan marin dan melakukan aktiviti di pulau ketika musim monsun.

Seorang peserta SIT 2021, Aiman Asyaraf berkata, acara itu mengubah persepsinya terhadap Pulau Tioman yang dianggap sebagai ‘kawasan zombi’ ketika musim Monsun Timur Laut.

“Seperti semua tahu, kebanyakan pulau di tutup dari November sehingga Mac kerana ketibaan monsun.

“Ketika itu, pelawat selalunya tidak datang kerana laut bergelora.

“Namun, ramai tidak tahu Pulau Tioman masih dibuka. Jadi selepas ini, orang ramai boleh datang ke sini
melakukan aktiviti meskipun ketika musim monsun,” jelasnya.

Bagi Wan Fariduddin Wan Ibrahim pula, dia sangat berpuas hati dengan penganjuran SIT 2021 apabila berpeluang menyertai Discovery Scuba Diving.

“Lokasi ini (Pulau Tioman) sangat sesuai bagi mereka yang mencuba melakukan aktiviti selam skuba untuk melihat keindahan hidupan marin.

“Saya bukan sekadar melakukan selam skuba, tetapi dapat melakukanaktiviti santai lain seperti mendaki dan melawat Air Terjun Asahan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI