fbpx

Ribut petir, hujan lebat landa 3 negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda beberapa kawasan di negeri Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan pada waktu pagi, hari ini.

MetMalaysia dalam satu laporan di Facebooknya memaklumkan cuaca buruk ini melibatkan kawasan Kapit (Belaga), Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang di Sarawak.

“Di Sabah, kawasan yang terlibat adalah tertumpu di kawasan pendalaman (Kuala Penyu dan Beaufort).

“Selain itu, kesemua kawasan di WP Labuan juga diberikan amaran ribut petir serta hujan lebat pagi ini,” katanya di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, cuaca buruk ini dijangka berterusan sehingga pukul 9 pagi hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI