AKTRES dan penyanyi YoonA bakal berpasangan dengan pelakon kacak, Ahn Bo-hyun menerusi sebuah filem baharu berjudul 2 O’Clock Date tidak lama lagi.
Perkara tersebut diumumkan syarikat produksi Filmmaker R&K sekali gus menamatkan teka-teki ramai yang sebelum ini tertanya-tanya tentang posisi hero 2 O’Clock Date memandangkan asalnya watak berkenaan ditawarkan kepada aktor Kim Seon-ho.
Nama Seon-ho bagaimanapun digugurkan susulan skandal salah lakunya terhadap bekas kekasih beberapa bulan lalu.
Filem 2 O’Clock Date sebuah naskhah romantik komedi mengisahkan seorang wanita yang menyimpan rahsia besar daripada seorang lelaki.
Naskhah yang dijadualkan memulakan penggambaran pada April tahun depan tersebut mendapat sentuhan sutradara Lee Sang-geun. Sang-geun sebelum ini pernah menghasilkan filem lakonan YonnA, Exit.
Biarpun sedikit kecewa atas ketiadaan Seon-ho, namun kedukaan peminat terubat selepas mengetahui Bo-hyun yang memiliki reputasi bersih serta bakat lakonan hebat mengambil posisi aktor itu.