fbpx

Ramai minat beli ‘muntah ikan paus’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aida Zurina (kiri) dan suami, Junaidi Mohd. menunjukkan ketulan batuan berlilin yang dipercayai muntah ikan paus di Kemasik, Kemaman semalam.

KEMAMAN – Sebaik sahaja seorang pengusaha kedai makan mendedahkan mengenai pene­muan ketulan batuan berlilin dipercayai muntah ikan paus, wanita itu menerima banyak panggilan daripada individu dan pihak yang berminat untuk membelinya

Aida Zurina Long, 41, berkata, ramai yang berminat untuk membeli muntah paus yang ditemuinya.

Begitupun wanita itu berkata, setakat ini, ketulan batuan berlilin itu masih belum dijual dan berada selamat dalam simpanannya.

“Jabatan Perikanan (Terengganu) telah mengambil sampel objek itu tadi (semalam) untuk dianalisis ketulenan.

“Saya menunggu kata putus jabatan tersebut. Sebenarnya, kalau benar ia muntah ikan paus tulen, saya sedia menjualnya,” katanya ketika ditemui Kosmo! di kedai makannya di Kemasik di sini semalam.

Berita berkaitan: [VIDEO] Rezeki ‘terpijak’ jumpa muntah ikan paus

Aida Zurina menegaskan, dia dan keluarganya mendedahkan penemuan muntah ikan paus tersebut bukan dengan niat untuk memancing pembeli, apatah lagi berangan-angan untuk bergelar jutawan segera.

Sebaliknya, niat asal cuma mahu mengetahui ketulenan objek tersebut sama ada benar-benar ambergis ataupun sebaliknya.

“Sebagai orang biasa, kami tidak mempunyai pengetahuan cara untuk mengesahkan ketulenan objek yang dijumpai. Tidak niat pun mahu jadi kaya sekelip mata seperti didakwa netizen di media sosial,” katanya.

Aida Zurina tidak mengambil kisah tanggapan negatif segelin­tir masyarakat berhubung pen­dedahannya mengenai pe­nemuan objek dipercayai muntah ikan paus tersebut.

Begitupun, dia tidak menolak sekiranya ada pihak mahu menawarkan harga lumayan untuk membeli ketulan batuan berlilin tersebut dan menganggapnya sebagai rezeki yang tidak disangka.

Kosmo! semalam melaporkan, Aida Zurida tidak menyangka mendapat ‘rezeki terpijak’ apabila menemui objek menyerupai ketulan lilin dipercayai muntah ikan paus di Marang baru-baru ini.

Dia terjumpa objek itu sewaktu memancing bersama ahli keluarganya berhampiran Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Marang pada pukul 11 malam, akhir bulan lalu.

Pada mulanya, Aida Zurina mengalihkan objek terapung berhampiran kawasan memancing mereka ke tebing sungai dengan sebatang kayu kerana menyangkanya sampah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI