fbpx

Rakaman kenyataan saksi meninggal dunia diterima kes Guan Eng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Terowong dasar laut di Pulau Pinang.

KUALA LUMPUR – Rakaman kenyataan seorang ahli perniagaan yang ditemukan maut selepas terjatuh dari sebuah kondominium mewah di Pulau Pinang, dua bulan lalu, diterima masuk sebagai keterangan dalam perbicaraan kes rasuah Lim Guan Eng.

Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan permohonan pihak pendakwaan agar kenyataan mendiang Datuk Ewe Swee Kheng ditandakan sebagai eksibit dan digunakan pada perbicaraan kes projek terowong dasar laut dan jalan utama melibatkan bekas Ketua Menteri.

Hakim Azura Alwi ketika memutuskan demikian berpuas hati, pihak pendakwaan berjaya membuktikan bahawa ahli perniagaan tersebut telah meninggal dunia dan fakta berkenaan tidak dipertikai oleh pihak pembelaan.

Swee Kheng, 53, yang sepatutnya dipanggil sebagai saksi pendakwaan ke-15, meninggal dunia pada pukul 5.37 pagi, 5 Oktober lalu selepas ditemukan di bahagian bawah kondominium mewah The Palazzo, Jalan Kelawei, Pulau Pinang manakala sebab kematian ialah kecederaan berganda akibat jatuh daripada tempat tinggi.

Mahkamah berpendapat, kenyataan yang diberikan kepada pegawai perakam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Penolong Penguasa Mohd. Nazri Mansor ketika siasatan, direkodkan berdasarkan Seksyen 30(8) Akta SPRM.

Beliau turut berpuas hati, mendiang telah menandatangani semua kenyataan dan sebarang pertikaian berhubung ketidakpatuhan subseksyen atau isu penambahan dalam kenyataan yang tidak ditandatangan secara ringkas (initial), telah dijelaskan oleh pegawai perakam tersebut.

Menurut Azura, isu berhubung jawapan yang tertinggal dan tulisan pada beberapa muka surat kenyataan tersebut telah diterangkan oleh pegawai perakam dan perkara itu tidak menjejaskan kebolehterimaan kenyataan tersebut di mahkamah.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI