fbpx

Prebet Sapu, naskhah luar biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMERUL sebagai pelakon utama membuktikan meskipun berbajet rendah, apa yang yang penting dalam melahirkan karya berkualiti adalah kejujuran terhadap satu elemen bernama seni.

BERTEMU penonton di pawagam tanah air bermula 16 Disember (hari ini), filem Prebet Sapu merupakan sebuah naskhah berkualiti yang wajar diberikan perhatian.

Filem arahan sutradara muda, Muzzamer Rahman ini sejujurnya, memberi tanda aras buat pemain industri kreatif tempatan bahawa sebegitulah seharusnya sesebuah naskhah bertaraf ‘festival’ dicernakan.

Penulis sudah berkesempatan menonton filem terbitan Le Mediator Studio, Kristal Azmir & Konda Kondi Studios itu minggu lalu. Secara peribadi, penulis berani menyifatkan naskhah yang divisualkan secara ‘hitam putih’ tersebut merupakan filem terbaik tempatan buat tahun 2021.

DNA Malaysia, sinematografi

Mempunyai ‘DNA Malaysia’, sinematografinya mencapai ‘not’ tertinggi dengan kualiti lakonan yang dipersembahkan pelakon utamanya, Amerul Affendi dan Lim Mei Fen sangat bertaraf tinggi.

Untuk semua rakyat Malaysia, khususnya penggemar filem, Prebet Sapu selayaknya mendapat sokongan dan dokongan kalian semua.

Mungkin belum setaraf Roma atau filem-filem berkelas Oscar lain, namun inilah permulaan untuk kita semua agar tidak lagi memandang ke belakang.

Mengisahkan Aman lakonan hebat, Amerul yang menganggur selepas kematian bapanya, dia kembali ke Kuala Lumpur dan memulakan perkhidmatan e-hailing secara haram. Aman kemudian bertemu dengan seorang wanita bernama Bella (Lim Mei Fen),

Sejujurnya, Prebet Sapu mencerminkan kehidupan sukar di bumi bertuah ini. Orang luar fikir, Malaysia sebuah negara yang bertuah. Itu benar namun negara ini akan jadi lebih bertuah andai perkara-perkara penting lain turut diberikan perhatian, terutama hal melibatkan pemerintah dan rakyat.

Menonton naskhah berkenan, setelah sekian lama, penulis buat pertama kalinya berasa bangga dengan industri sinematik tempatan.

Sudah lama negara kita tidak dipamerkan dengan karya sebagus Prebet Sapu.

Ke Oscars 2021

Lebih membanggakan, Prebet Sapu sebenarnya diusahakan oleh pembikin yang ‘sedang belajar’ dan cakna tentang masa depan perfileman tanah air yang sehingga kini masih terkandas dalam banyak sisi.

Ada satu potongan ayat yang dilontarkan Amerul dalam satu babak masih berbekas dalam minda penulis.

“Siapa pun memang, kita tetap macam ni juga,” kata-kata itu merujuk ketidakstabilan ekonomi akibat politik tidak berkesudahan di Malaysia.

Jadi, ada sebab mengapa Prebet Sapu dipilih Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mewakli Malaysia ke Anugerah Akademi atau Oscars 2021 untuk kategori Best International Feature.

Jawapannya, kalian akan dapat setelah menghabiskan tontonan.

Dari segi lakonan, Amerul memang handal. Tiada penafian. Pendatang baharu, Lim Mei Fen sebagai Bella tidak kurang hebatnya. Dia berjaya menghidupkan karakter Bella dengan gaya dan kemampuan tersendiri.

Tidak mustahil, Prebet Sapu akan menyapu bersih anugerah-anugerah utama Festival Filem Malaysia edisi akan datang. Penulis tidak berasa was-was atau malu untuk mengakui, inilah filem anak Malaysia.

Buat peminat filem, inilah masa untuk kalian bangkit memberikan sokongan, bukan semata-mata untuk diri sendiri, namun sebagai anak Malaysia yang bertamadun!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI