fbpx

Penganggur bunuh Pak Yeen berdepan hukuman gantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahrezal dituduh membunuh seorang lelaki warga emas di Mahkamah Majistret Kangar, hari ini. Foto oleh NUR NAZLINA NADZARI

KANGAR – Seorang penganggur berdepan hukuman gantung sampai mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga emas di sebuah rumah di Jalan Abi Tok Hashim dekat sini pada 7 Disember lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Shahrezal Shuhaimi, 34, selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret, Kamaliza Md. Zain.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Yeen Baai, 72, di Jalan Abi Tok Hashim antara pukul 10 hingga 10.30 malam, 7 Disember lalu.

Pertuduhan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Atikah Ab. Rashid sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada prosiding itu, Nurul Atikah meminta supaya tertuduh dirujuk ke hospital psikiatri bagi melakukan ujian mental.

Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh dibawa menjalani pemeriksaan di Hospital Permai, Johor Bahru selama sebulan mengikut Seksyen 342 (5) Kanun Tatacara Jenayah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI